Khamis, 26 Mac 2009

Tanya sama hati?

Assalamualaikum...
Kenapa "Tanya Sama Hati"? Dari sudut bahasa Melayu 'tanya sama hati' merupakan ayat yang tidak gramatis. Namun, bagi saya, 'tanya sama hati' ada unsur keindahan bahasa itu sendiri. Kadang kala kita boleh melanggar tatabahasa dalam bahasa Melayu untuk menekankan unsur keindahan dalam bahasa. Saya memilih 'Tanya Sama Hati' kerana apa yang bakal saya kongsi bersama kalian mungkin sama atau tidak apa yang dikatakan oleh mata hati anda. Hati saya tergerak untuk menulis di blog ini kerana terlalu banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama selain dapat melatihkan diri untuk menulis dengan baik. Diharap apa yang saya mulakan ini akan menuju destinasinya iaitu memberi makna di hati saya dan juga anda...



Tanya Sama Hati - P. Ramlee &Normadiah

Tanya pada pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab ujan
Nanti jawab langit tanyalah awan

Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

.: dapat ilham melalui tajuk lagu ini ~ Tanya sama hati .:
.: Indahnya bahasa Melayu, indahnya lagu zaman dahulu, adakah kini sudah beradu?.:

0 ulasan:

Blogger template 'Darkness Fall' by Ourblogtemplates.com 2008
Header image credit: adapted from iunewind.com