Selasa, 31 Mac 2009

RENUNGAN BERSAMA....

Pada 28 Mac 2009, Sabtu yang lalu, Encik Jaafar Abdul Rahim iaitu Mantan Editor Dewan Bahasa dan Pustaka telah datang ke UPSI unuk memberi ulasan berkaitan dengan 'Wacana'. Saya tertarik apabila beliau menyatakan "kata-kata yang baik, kata-kata yang puitis, ialah kata-kata berjiwa". Tambah beliau; dalam penulisan bukan tertumpu kepada binaan ayat yang baik iaitu gramatis (tiada kesalahan tatabahasa)semata-mata tetapi memberi KESAN kepada pembaca.Pada hemat saya, susunan kata yang baik dan memberi kesan kepada pembaca ada terdapat dalam kata-kata mutiara ataupun kata-kata yang berhikmah. Di sini, saya lampirkan bersama senarai kata-kata mutiara untuk renungan bersama.Mungkin boleh menjadi satu panduan hidup untuk anda menjalani kehidupan yang lebih bermakna!

1. Makanan yang TERPUJI ialah makanan yang HALAL

2. Minuman TERPUJI ialah minuman yang TIDAK MEMABUKKAN

3. PAKAIAN yang TERPUJI ialah AKHLAQ yang MULIA

4. ILMU yang TERPUJI ialah ILMU yang BERMANFAAT di Dunia & di Akhirat

5. HATI yang terpuji ialah HATI yang sentiasa MENGINGATI ALLAH

6. LIDAH yang TERPUJI ialah LISAN yang basah dengan ZIKRULLAH

7. TANGAN yang TERPUJI ialah tangan yang SUKA MENGHULUR BANTUAN

8. SRIKANDI yang TERPUJI ialah WANITA yang SOLEHAH

9. PERWIRA yang TERPUJI ialah MUJAHID di JALAN ALLAH

10.MATA yang TERPUJI ialah mata yang selalu MENANGIS kerana TAKUT AZAB ALLAH

11.TELINGA yang TERPUJI ialah yang SUKA MENDENGAR KALAM ALLAH

12.AMALAN yang TERPUJI ialah SOLAT di AWAL WAKTU

13.Ucapkan kata-kata kebaikan untuk membentuk bibir yang menawan.

14.Carilah kebaikan pada setiap orang yang ditemui untuk membentuk mendapatkan mata yang indah.

15.Bahagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan agar mendapat bentuk badan yang langsing.

16.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

17.Manusia jauh lebih sempurna daripada segala ciptaan lain yang ada dimuka bumi ini. Oleh itu sebagai manuasia kita perlulah mensyukuri apa yang telah diberikan dengan dua tangan, satu tangan untuk menolong diri sendiri dan satu tangan lagi untuk menolong orang lain.

18.Kecantikan wanita bukan terletak pada kain yang dipakainya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Tetapi, kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

:.Mudah-mudahan himpunan kata-kata yang berhikmah ini menjadi satu titik tolak untuk menjadi insan yang baik di sisi-Nya...Amiiiin...
:.Bahasa yang indah disusun dengan indah terdapat dalam bahasa Melayu

0 ulasan:

Blogger template 'Darkness Fall' by Ourblogtemplates.com 2008
Header image credit: adapted from iunewind.com